Followers

Wednesday, November 30, 2011

Idola Kecil 4 rancangan realiti kanak2 paling popular di Malaysia

Idola Kecil 4 sememangnya rancangan realiti dan hiburan yang paling popular di Malaysia pada masa kini. Pertandingan nyanyian yang disiarkan di TV9 pada setiap hari sabtu jam 9malam ini dibarisi oleh penyanyi cilik yang sememangnya cukup talented dalam bidang alunan suara. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terpikat untuk menyaksikan cerita ni setiap Sabtu.

TV9 ADALAH STESEN TV NO. 2 DI MALAYSIA

Muncul kembali dengan musim keempat, Idola Kecil 4 kini lebih segar berbanding musim-musim lalu. Penyertaan tahun ini juga dicatatkan sebagai yang paling laku. Lebih 1000 kanak-kanak ingin menonjolkan bakat terpendam dalam ujibakat. Tapi bukan senang nak dapat tempat dalam Top12 ni dik! sabar jelah bagi yg tak dapat ye. Setelah Ujibakat, Top 30 dipilih dan dibawa ke BootCamp untuk ditajamkan lagi bakat. Semangat perjuangan mereka semestinya harus bertambah kerana silap sikit, pasti akan tersingkir. Hal ini demikian kerana Top30 tu semuanya bagus belaka. Jadi, TV9 mesti memilih dengan betul bagi memastikan the best of the best memasuki program popular ini. Hasilnya, 12 kanak-kanak yang kiut-miut ni akan memastikan saingan sengit di antara rakan-rakan bagi memastikan dialah yg terbaik. Siapakah agaknya Juara musim ini? tengoklah kat TV9 setiap Sabtu jam 9Malam okeyhh??.



  1. Ahmad Marzuki b Nordin , 10 Tahun
  2. Hairul Asri B. Alis Sjofjan, 12 Tahun
  3. Irfan Haris B othman, 10 Tahun
  4. Mohd Syafiqri B Kaharudin, 10 tahun
  5. Farisha Bt Asmadi, 12 Tahun
  6. Nabihah bt Idrus, 12 Tahun
  7. Noor Aina Batrisyia Bt Azman, 8 Tahun
  8. Nurfazlina Bt Ramlan, 12 Tahun
  9. Nurshazaleen Natasha Bt Jamaluddin, 11 Tahun
  10. Sarah Elyysa Bt Khairul Fahmy, 11 Tahun
  11. Sharifah Nurhafifa Bt Wan Aziz, 12 
  12. Sharifah Rusilmu Imani Bte Syed Hussain, 11 tahun

Pemenang-pemenang akan membawa pulang hadiah berupa:
  • JUARA-RM10000
  • NAIBJUARA-RM5000
  • KETIGA-3000

Untuk mendapat maklumat terkini berkaitan IK4 serta aktiviti-aktviti yang dijalankan oleh peserta-peserta ini, melayari laman web rasmi www.tv9.com.my/idolakecil4 atau facebook rasmi Idola Kecil 4 iaitu www.facebook.com/IdolaKecil4.Selain daripada itu, anda juga boleh sentiasa mendengar maklumat terkini IK4 menerusi Geng Radio IK4 iaitu Hot FM.

Puisi Imam Syafie Ketika di Ambang Kematian


Bila hatiku keras degil
Dan kemahuanku menjadi sempit
Aku jadikan keampunan Engkau sebagai harapan
Dosaku mungkin besar
Tetapi keampunan Engkau lebih besar

Engkau pemilik keampunan
dan masih tetap mengampunkan
Jika Engkau tidak izinkan
Iblis tidak dapat menggoda
Adam hambamu yang suci
Sampai dia boleh diperdayakannya
Ampun aku wahai Tuhanku

Tuesday, November 29, 2011

Sejenak di MRSM Pontian@UKKM

Assalamualaikum...
korang tau tak UKKM tu ape??? ia adalah singkatan bagi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.
aku pergi MRSM Pontian untuk semata-mata amik exam tu. Taklah jauh sangat perjalanan tu dari Pasir Gudang. around 2 hours i guess ... waktu aku nak amik Ujian tu hujan tengah turun agaknya sebab macam ada bunyi hujan kat luar. And i want to thanks a lot to my father because willing to send me to MRSM Pontian. Sekolah dia cantik walaupun terletak kat kawasan macam kampung-kampung sikit. Oh ... Ladang nenas yang luas pun ada berhampiran dengan MRSM Pontian ni.

One thing nak share... waktu aku amik UKKM, MRSM tu sunyi sebab dah cuti sekolah. Tapi... budak form 5 MRSM Pontian ke mana ??? balekkah??? esoknya 29 november kan diorg ader paper chemistry... maklumlah diorg kan tengah fight untuk SPM. Aku sempat tengok nama kelas yg MRSM Pontian gunakan tapi untuk form 1 jelah. Aku terpandang kelas 1Oxford dan meja dalam kelas tu disusun atur one by one macam tengah peperiksaan.

Back to the topic... about ukkm ... exam yg terdiri dari tiga aspek which is:
  1. Mathematics 40 soalan 75minit
  2. Science 50 soalan 60minit
  3. Keperibadian 100 soalan 30minit


untuk maths and science ni soalan dia dalam dwibahasa sebenarnya. Ujian ini pulak berkomputer jadi yg bakal menghadapi UKKM lepas ni... siap-siaplah bawak kertas kosong untuk conteng kira maths. Maths dia tak bagi formula,, kene ingat balek setiap formula untuk Cone, Cylinder, Cube and semua lah. Soalan maths ni high level tau. Dia belitkan sesusah-susah yg mungkin. aku ingat lagi no. komputer aku.. 61. komputer paling belakang sekali. science senang jugaklah. Dan kalau korg ingat nak meniru... lupakanlah sebab komputer korg n sebelah tu soalan dia random tau. Soalan keperibadian best.
Korang yg baca entry ni kene doakan supaya aku berjaya masuk MRSM Pontian okey. :) terima kasih.

Wednesday, November 23, 2011

Selamat Tinggal Indonesia ... Jumpa Lagi Di Myanmar (sukan SEA)

Assalamualaikum...
sekarang ni hangat di Facebook berbicara mengenai kejayaan skuad Harimau Muda menumbangkan Indonesia di halaman sendiri menerusi tendangan penalti. Sebenarnya, tendangan penalti dramatik Baddrol Bakhtiar telah membuatkan Malaysia meraih emas dlm acara Bola Sepak. Seterusnya juga menyaksikan skuad Harimau Muda kita buat pertama kali mempertahankan pingat emas yg dimenangi menerusi acara sama di Vientiane, Laos 2 tahun yg lalu . Tahniah atas kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee mempertahankan pingat emas yg pernah dimenangi 2 tahun lalu seterusnya menyumbangkan emas terakhir malaysia dalam temasya sukan sea kali ini di Indonesia. Emas yang ke 59 berjaya dilakar melalui acara bola sepak yang berlangsung sengit dengan team Indonesia.

Berikut adalah Medal Tally rasmi Sukan Sea ke-26 ini. Tahniah kepada Kem Malaysia di Palembang dan Jakarta yang telah melepasi sasaran 40-45 pingat emas dan juga sasaran 50-55 pingat emas. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia...

ohhh ... aku tak percaya dgn pungutan pingat emas Indonesia ... :P


Friday, November 18, 2011

Yey! dapat RM100 drpd kerajaan :)))

Semalam (18November2011), aku dengan mama pergi ke sekolah. Aku at first dikejutkan pukul 7 pagi tapi disebabkan aku ni mengantok sangat, aku tido lah semula. Then, lepas tu mama kejut lagi. Katanya, "nak pergi amik duit seratus ke taknak ni," Aku pun cepat-cepat mandi bila tengok jam dah pukul 8lebey . Aku ni yg dah lame tak menyarung baju sekolah Ungu, dengan semangatnya memakainya semula. Kemudian, aku dan mama memulakan langkah kami ke sekolah. Oh ya, aku ngan mama kene seberang jalan untuk sampai ke bus stop. Fuhh~,~ nasebb masih pagy n tak banyk kenderaan yg menggunakan khidmat jalan raya. Jadi, aku dan mama pun melintaslah dengan tenang dan berhati-hati jugk. Aku bosan tunggu bas. Lama benar rasanya bas nak sampai. Terus-terang aku kata, waktu bas sampai, aku tak percaya melihat penumpang. SANGAT PADAT bas iskandar Malaysia. dah mcm iklan MILO FUZE 3IN1 haha... tapi sepenuh-penuh gitu pun ... there still a place for me to sit. i'm so excited dpt duduk. bkn senang nak dpt duduk tau. Lastly, tiba jualah kami di SMKPG1 yg cukup terkenal dgn kecemerlangan para pendidik yg berjaya menghasilkan ramai pelajar straight A dlm PMR. Terus berjalan masuk ke kelas. Mama isi borang dan wang diserahkan juga kepda mama. Aku? just watch it all happen. huh~whatever. thank you kepada pihak sekolah dan kerajaan yg murah hati menyumbangkan RM 100 kpd para pelajar. again tq.

Waktu balik, singgah mcDonald beli breakfast. haha sempat lagi. Mama pun turutkan shaja kemahuan aku. Yess ... finally dpt jugak naik bas walaupun dah singgah mcDonald. Anyway, mcDonald sunyi sepi je mcm tak laku kedai tu. takpela... hidup ni mcm roda, kejap kita kat atas, kejap kita kat bawah. Tapi bila dah ada kat atas... janganlah kita sombong[elakkan syirik kecil ini]. :) SEKIAN.


*mls nk selit pic kat entry nie.