Followers

Monday, December 5, 2011

cerekarama TV3 Nur Ain menyerlah???

Korg tengok tak cerekarama kat TV3 sabtu lepas 3November2011 .??
Well, kalau tak tengok takpe ...
Tapi kalau korg tengok kan ... cerita tu memang best .
Pelakon perempuan yang berusia 16 tahun iaitu eyka farhana telah diberi kepercayaan untuk membawakan watak utama which is Nur Ain .
Watak utama kan mestilah bagus .
Kalau tak pengarah tak pilih jdik pelakon utama .
So, nak citer la kat sini .
Baru-baru ni aku tertekan channel TV3 dan tertengok lah citer NurAin ni .
Bila dah tengok rase cam nak tengok sampai habis ... (mmg aq tngok smpai habis pun)
Aku tersedar bahawa pelakon utama cerita ni sebenarnya pelakon baru .
Baru tak baru ... tapi acting dia MANTAP nmpak cam real .
Lakonan yang boleh lah dikatakan berkesan bab aku berjaya menghayati citer ni .
Pastu ,, gandingan Fasha and Fahrin nampak cam okey la ... cuma tak terlalu berjaya membawa watak suami isteri tu . Macam ada kurang something la . xde chemistry kowt ??? who know...
Aku harap TV3 siarkan lagi cerita berkualiti macam ni .
Dan aku ingat lagi zaman kegemilangan TV3 dulu menerusi drama Nur Kasih yang ditonton oleh berjuta-juta rakyat Malaysia. Cerita macam tu la yg kitorg nak tengok kat TV.
Harap masih ada lagi cerita sebegini kat kaca televisyen . kan ... kann ...

Ada ape je 10 Muharram ???

Sejarah 10 Muharram:-
+ Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
+ Diterima taubat Nabi Adam a.s.
+ Dicipta Adam a.s.
+ Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
+ Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
+ Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
+ Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
+ Selamat Musa dan pengikutnya.
+ Lemas Firaun.
+ Dilahirkan Nabi Isa a.s.
+ Diangkat Nabi Isa kelangit.
+ Diangkat Nabi Idris ke langit.
+ Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
+ Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
+ Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
+ Nabi Yaakub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
+ Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
+ Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
+ Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

banyak kan ??? jadi manfaatkanlah 10 Muharram korg . 10 Muharram gak dikenali sebagai hari asyura . Ala yg bubur tu . bubur asyura . bubur tu lain negeri lain resepinya . Tapi johor and kelantan yg paling sedapp kod . Korg cubalah suruh parents beli kan .

Sunday, December 4, 2011

Ceritera: Risau giler ni .

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Hari result PMR dah nak dekat dah ni . Gelabah aku dibuatnya . Makan tak lalu . Tidur tak lena .
Rasa macam aku bernafas dalam air . Nak buat something asyik terfikir masa depan . Macam mana lah agaknye kan result aku tu ??? haha ... tawakal jelah . Benda dah jadi,, exam dah amik . Tunggu jelah ape yg aku dpt nnty .
Aku redha jelah dengan apa yang Allah S.W.T beri nanti . semoga ianya sesuatu yg menggembirakan dan tidak mendukacitakan . Aku harap masih terdapat sinar kebahagiaan yang menanti aku sebelum masuk tahun 2012 nanti .

2011 I HEART YOU

Tahun 2011 adalah tahun yang cukup aku puas hati . Tahun yang menggembirakan . Tahun yang memeritkan (PMR lah ape lagi kan) . Tahun 2011 ni banyak sangat kenangan yg takkan boleh aku lupakan (cehh nanti form 4 lupe jugak) . Tahun 2011 ni rasanya banyak beri aku pengajaran dan iktibar . Dan aku rasa aku dah menjadi semakin matang untuk menjalani kehidupan yang sememangnya berliku dan penuh dengan ranjau . Tuhh ... aku tak cakap Onak duri lagi tu . haha . apela aku ni . 


Parents
Aku tak tahu kenapa tapi Tahun 2011  ni adalah tahun yg paling terokk bagi rumah tangga parents aku ni . Aku pelik campur hairan kenape diorg ni kerap sangat bergaduh . Sampai ada ketika aku rasa sedihh . Nangis ??? Lelaki tak boleh nangis la ..(poyo ayat aku) haha . Dah la ... lagipun rumah tangga mana yang tidak dilanda ombak ,, kita kena pandai bina penghadang dan perisai supaya tidak roboh dan hancur dilanda Ombak yang ganas tu (takodd tak?) . haha . WHATEVER. i'm totally not ready to step into adulthood . aku sepatutnya masih gembira menjalani kehidupan sebagai remaja yang bebas dan berfikiran matang . BEBAS? eipp ... korg jgn fikir bkn2 . Maksud aku ,, aku asyik kena kurung kat umah je . Bosan kod Mama,, Abah . Tapi xpe . Untuk kebaikan aku jugak . PMR nanti insya-Allah result baik punyer . Gempak la kan . haha . sudah STOP IT . apa-apapun... aku masih menyatangi parents aku . (aq ni anak yg baik lah).



Sekolah mana ye ???
Huh- aku pening nak pilih sekolah yang mana untuk Form 4 nanti . Aku mestilah nak sekolah yang TERBAIK kan . Jadi ,, aku serahkan pada takdir jelah kan . Aku dah amik UKKM untuk masuk MRSM tapi entah dapat atau tak . Ramai lagi yang pandai-pandai kann ??? Aku??? tidaklah seberapa jika dibandingkan mereka (kene rendah diri) . haha . dah la penat aku menaip . sampai sini ye dulu . aku nak saksikan Konsert Jomheboh Kat TV3 . bye .

Adakah aku bakal melanjutkan pengajianku di tingkatan  4 di MRSM???

Adakah aku akan kekal di SMKPG(1) .

Adakah ini sekolah aku : SAMURA 

Kenal tak Imam As-Syafie


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,,
Korang mesti pernah dengar mazhab Syafie kan???
Inilah dia pengasasnya ... hebatt orgnyerr ...
Korang sedar tak mazhab kita mazhab siapa???
Kalau korang semua cakap Mazhab Imam Syafie ... Yess,, you are right.
Jom kita kenal-kenal dengan pengasas Mazhab Syafie ni .
Nama sebenar Imam As-Syafie ialah Muhammad bin Idris bin Usman bin Syafi' bin As-sa'ib.
Jadi daripada mana datangnya nama Syafie ni???
Ianya diambil sempena nama datuknya iaitu Syafie bin saib.
Beliau dilahirkan di Ghazzah, Palestin pada tahun 150 hijrah bersamaan dengan 767 masihi .
Bapanya meninggal dunia sebelum beliau sempat dilahirkan .
Beliau pula meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 masihi di Mesir.
Imam As-Syafie mempunyai peribadi yg sangat tinggi, kuat ingatan, terang hati dan rajin.
Beliau mula belajar membaca Al-Quran sekitar usia 5 tahun .
Fuhh ... Korg 5tahun pandai ke baca Quran??? haha
Cuba teka pada usia berapa beliau menghafaz keseluruhan Al-Quran???
Jawapan: pada usia 9 tahun. Korg darjah 3 tau tak.
Dahsyat kan Imam Syafie ni. (my idola .. haha) malu nih .
Pada usia 12 tahun ... beliau telah menghafal keseluruhan Kitab al-Muattok karangan Imam Malik.
Imam Malik ialah pengasas Mazhab Maliki.
Pada usia remaja,, beliau banyak kali menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram .
Beliau belajar dengan ulama yg mahsyur seperti Imam Malik bin Anas dan Ibrahim bin Abi Yahya As-Sami .
Beliau juga pergi mengembara ke Iraq, Parsi, Palestin dan Yaman untuk semata-mata menuntut ilmu pengetahuan .
Hebat kan pengasas mazhab yang menjadi ikutan kita ni.
Beliau juga pernah berhujah dengan golongan anti-Hadis yang juga disebut di dalam kitab Ar-risalah .
Beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadat .
Okeyhh ... ni je nak share . penat suda menaip . Bye dulu . :)

Lagu di pentas AJL 26 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,


Tujuan aku menukilkan post ni adalah untuk membicarakan kehangatan yang sedang melanda industri muzik tempatan sekarang ini. Muzik-Muzik kini tampil dengan musim yang ke-26. cukup tua??? tidak untuk industri muzik negara kita. Sememangnya, semenjak kategori-kategori etnik kreatif, balada dan pop rock ni dilupuskan, sudah tiada lagi penyertaan dari kategori etnik kreatif. Bagi aku, etnik kreatif was such a boring song. Dan muzik-muzik ke-26 dikuasai oleh golongan muda(artis-artis muda). Apa-apapun, tahniahlah buat lagu yang berjaya mengharungi separuh akhir dan melayakkan diri ke pentas AJL yg penuh berprestij bulan januari nanti. Yang tak berjaya tu, tahun depan cuba lagi sampai dapat. Anyway congrats to YUNA and AIZAT yg berjaya mencipta hatrik untuk ke pentas AJL. sekali lagi tahniah. So, lagu yg berjaya ke pentas AJL ke-26 adalah:
  • Beribu sesalan-3suara
  • Kisah Hati-Alyah
  • Gadis semasa-Yuna
  • Awan Nano-Hafiz
  • KakandaAdinda-Atilia,Monoloque
  • Cinta Muka Buku-Najwa Latif
  • Wanita Seluruh Dunia-ProjekPistol
  • Kalau Berpacaran-AnaRafali,Suhaimi
  • Penakut-Yuna
  • Sedetik Lebih-Anuar Zain
  • Karma-Faizal Tahir
  • Sungai Lui-Aizat
GERAMNYERR BILA LAGU SOFAZR-MAAF DARI HATI TAK DAPAT MASUK AJL26.

jAClyn Victor NYanyi Lagu ANuar ZAin SedaPP lahH...

Saturday, December 3, 2011

puisi keinsafan jgn tinggal solat







Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bijaksana sungguh,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?



Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang..

15 Seksaan di Dunia, Akhirat jika tinggal SOLAT


RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata.”

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: “Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab.”



Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.

Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?”

Jawab Baginda:

l Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupa mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).

l Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).

l Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.

l Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).

l Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.

l Doanya ditolak Allah.

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: â€Å“Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya.”

Kemudian bertanya lagi sahabat: “Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?”

Jawab Baginda:

l Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.

l Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.

l Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?”

Rasulullah SAW bersabda: “Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti.”

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja’ul akra’, yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: “Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh.”

Lalu Suja’ul akra’ terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.

Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.

Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?”

Jawab Baginda: “Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.

“Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar.”

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.

Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud; “Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka.” (Surah Maryam, ayat 59).

bagi yg mcm tak percaya tu (mungkin ada yg kata mcm mana la.. dll) baik pikir banyak kali sbb aku ada dgr ustaz ckp nanti bila mati akan ada yg mintak dihantar balik ke bumi sbb nk buat amalan tapi time tu dh terlambat… jadi takkan kita nk termasuk dlm golongan tu kut :D (sumber rujukan aku tk simpan)

Mari kita perbaiki diri kita ;)

Wallahualam.

Wednesday, November 30, 2011

Idola Kecil 4 rancangan realiti kanak2 paling popular di Malaysia

Idola Kecil 4 sememangnya rancangan realiti dan hiburan yang paling popular di Malaysia pada masa kini. Pertandingan nyanyian yang disiarkan di TV9 pada setiap hari sabtu jam 9malam ini dibarisi oleh penyanyi cilik yang sememangnya cukup talented dalam bidang alunan suara. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terpikat untuk menyaksikan cerita ni setiap Sabtu.

TV9 ADALAH STESEN TV NO. 2 DI MALAYSIA

Muncul kembali dengan musim keempat, Idola Kecil 4 kini lebih segar berbanding musim-musim lalu. Penyertaan tahun ini juga dicatatkan sebagai yang paling laku. Lebih 1000 kanak-kanak ingin menonjolkan bakat terpendam dalam ujibakat. Tapi bukan senang nak dapat tempat dalam Top12 ni dik! sabar jelah bagi yg tak dapat ye. Setelah Ujibakat, Top 30 dipilih dan dibawa ke BootCamp untuk ditajamkan lagi bakat. Semangat perjuangan mereka semestinya harus bertambah kerana silap sikit, pasti akan tersingkir. Hal ini demikian kerana Top30 tu semuanya bagus belaka. Jadi, TV9 mesti memilih dengan betul bagi memastikan the best of the best memasuki program popular ini. Hasilnya, 12 kanak-kanak yang kiut-miut ni akan memastikan saingan sengit di antara rakan-rakan bagi memastikan dialah yg terbaik. Siapakah agaknya Juara musim ini? tengoklah kat TV9 setiap Sabtu jam 9Malam okeyhh??.



  1. Ahmad Marzuki b Nordin , 10 Tahun
  2. Hairul Asri B. Alis Sjofjan, 12 Tahun
  3. Irfan Haris B othman, 10 Tahun
  4. Mohd Syafiqri B Kaharudin, 10 tahun
  5. Farisha Bt Asmadi, 12 Tahun
  6. Nabihah bt Idrus, 12 Tahun
  7. Noor Aina Batrisyia Bt Azman, 8 Tahun
  8. Nurfazlina Bt Ramlan, 12 Tahun
  9. Nurshazaleen Natasha Bt Jamaluddin, 11 Tahun
  10. Sarah Elyysa Bt Khairul Fahmy, 11 Tahun
  11. Sharifah Nurhafifa Bt Wan Aziz, 12 
  12. Sharifah Rusilmu Imani Bte Syed Hussain, 11 tahun

Pemenang-pemenang akan membawa pulang hadiah berupa:
  • JUARA-RM10000
  • NAIBJUARA-RM5000
  • KETIGA-3000

Untuk mendapat maklumat terkini berkaitan IK4 serta aktiviti-aktviti yang dijalankan oleh peserta-peserta ini, melayari laman web rasmi www.tv9.com.my/idolakecil4 atau facebook rasmi Idola Kecil 4 iaitu www.facebook.com/IdolaKecil4.Selain daripada itu, anda juga boleh sentiasa mendengar maklumat terkini IK4 menerusi Geng Radio IK4 iaitu Hot FM.

Puisi Imam Syafie Ketika di Ambang Kematian


Bila hatiku keras degil
Dan kemahuanku menjadi sempit
Aku jadikan keampunan Engkau sebagai harapan
Dosaku mungkin besar
Tetapi keampunan Engkau lebih besar

Engkau pemilik keampunan
dan masih tetap mengampunkan
Jika Engkau tidak izinkan
Iblis tidak dapat menggoda
Adam hambamu yang suci
Sampai dia boleh diperdayakannya
Ampun aku wahai Tuhanku

Tuesday, November 29, 2011

Sejenak di MRSM Pontian@UKKM

Assalamualaikum...
korang tau tak UKKM tu ape??? ia adalah singkatan bagi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.
aku pergi MRSM Pontian untuk semata-mata amik exam tu. Taklah jauh sangat perjalanan tu dari Pasir Gudang. around 2 hours i guess ... waktu aku nak amik Ujian tu hujan tengah turun agaknya sebab macam ada bunyi hujan kat luar. And i want to thanks a lot to my father because willing to send me to MRSM Pontian. Sekolah dia cantik walaupun terletak kat kawasan macam kampung-kampung sikit. Oh ... Ladang nenas yang luas pun ada berhampiran dengan MRSM Pontian ni.

One thing nak share... waktu aku amik UKKM, MRSM tu sunyi sebab dah cuti sekolah. Tapi... budak form 5 MRSM Pontian ke mana ??? balekkah??? esoknya 29 november kan diorg ader paper chemistry... maklumlah diorg kan tengah fight untuk SPM. Aku sempat tengok nama kelas yg MRSM Pontian gunakan tapi untuk form 1 jelah. Aku terpandang kelas 1Oxford dan meja dalam kelas tu disusun atur one by one macam tengah peperiksaan.

Back to the topic... about ukkm ... exam yg terdiri dari tiga aspek which is:
  1. Mathematics 40 soalan 75minit
  2. Science 50 soalan 60minit
  3. Keperibadian 100 soalan 30minit


untuk maths and science ni soalan dia dalam dwibahasa sebenarnya. Ujian ini pulak berkomputer jadi yg bakal menghadapi UKKM lepas ni... siap-siaplah bawak kertas kosong untuk conteng kira maths. Maths dia tak bagi formula,, kene ingat balek setiap formula untuk Cone, Cylinder, Cube and semua lah. Soalan maths ni high level tau. Dia belitkan sesusah-susah yg mungkin. aku ingat lagi no. komputer aku.. 61. komputer paling belakang sekali. science senang jugaklah. Dan kalau korg ingat nak meniru... lupakanlah sebab komputer korg n sebelah tu soalan dia random tau. Soalan keperibadian best.
Korang yg baca entry ni kene doakan supaya aku berjaya masuk MRSM Pontian okey. :) terima kasih.

Wednesday, November 23, 2011

Selamat Tinggal Indonesia ... Jumpa Lagi Di Myanmar (sukan SEA)

Assalamualaikum...
sekarang ni hangat di Facebook berbicara mengenai kejayaan skuad Harimau Muda menumbangkan Indonesia di halaman sendiri menerusi tendangan penalti. Sebenarnya, tendangan penalti dramatik Baddrol Bakhtiar telah membuatkan Malaysia meraih emas dlm acara Bola Sepak. Seterusnya juga menyaksikan skuad Harimau Muda kita buat pertama kali mempertahankan pingat emas yg dimenangi menerusi acara sama di Vientiane, Laos 2 tahun yg lalu . Tahniah atas kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee mempertahankan pingat emas yg pernah dimenangi 2 tahun lalu seterusnya menyumbangkan emas terakhir malaysia dalam temasya sukan sea kali ini di Indonesia. Emas yang ke 59 berjaya dilakar melalui acara bola sepak yang berlangsung sengit dengan team Indonesia.

Berikut adalah Medal Tally rasmi Sukan Sea ke-26 ini. Tahniah kepada Kem Malaysia di Palembang dan Jakarta yang telah melepasi sasaran 40-45 pingat emas dan juga sasaran 50-55 pingat emas. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia...

ohhh ... aku tak percaya dgn pungutan pingat emas Indonesia ... :P


Friday, November 18, 2011

Yey! dapat RM100 drpd kerajaan :)))

Semalam (18November2011), aku dengan mama pergi ke sekolah. Aku at first dikejutkan pukul 7 pagi tapi disebabkan aku ni mengantok sangat, aku tido lah semula. Then, lepas tu mama kejut lagi. Katanya, "nak pergi amik duit seratus ke taknak ni," Aku pun cepat-cepat mandi bila tengok jam dah pukul 8lebey . Aku ni yg dah lame tak menyarung baju sekolah Ungu, dengan semangatnya memakainya semula. Kemudian, aku dan mama memulakan langkah kami ke sekolah. Oh ya, aku ngan mama kene seberang jalan untuk sampai ke bus stop. Fuhh~,~ nasebb masih pagy n tak banyk kenderaan yg menggunakan khidmat jalan raya. Jadi, aku dan mama pun melintaslah dengan tenang dan berhati-hati jugk. Aku bosan tunggu bas. Lama benar rasanya bas nak sampai. Terus-terang aku kata, waktu bas sampai, aku tak percaya melihat penumpang. SANGAT PADAT bas iskandar Malaysia. dah mcm iklan MILO FUZE 3IN1 haha... tapi sepenuh-penuh gitu pun ... there still a place for me to sit. i'm so excited dpt duduk. bkn senang nak dpt duduk tau. Lastly, tiba jualah kami di SMKPG1 yg cukup terkenal dgn kecemerlangan para pendidik yg berjaya menghasilkan ramai pelajar straight A dlm PMR. Terus berjalan masuk ke kelas. Mama isi borang dan wang diserahkan juga kepda mama. Aku? just watch it all happen. huh~whatever. thank you kepada pihak sekolah dan kerajaan yg murah hati menyumbangkan RM 100 kpd para pelajar. again tq.

Waktu balik, singgah mcDonald beli breakfast. haha sempat lagi. Mama pun turutkan shaja kemahuan aku. Yess ... finally dpt jugak naik bas walaupun dah singgah mcDonald. Anyway, mcDonald sunyi sepi je mcm tak laku kedai tu. takpela... hidup ni mcm roda, kejap kita kat atas, kejap kita kat bawah. Tapi bila dah ada kat atas... janganlah kita sombong[elakkan syirik kecil ini]. :) SEKIAN.


*mls nk selit pic kat entry nie.

Wednesday, May 18, 2011

Konsert AF9 Minggu 4 - Raqib

Konsert AF9 Minggu 4 - Erul

Annyeonhaseyo Erul AF9 !

ANNYEONGHASEYO !

Aku nie sebenarnye xminat sangat ngan korean nie .. aku pun pelik gak sebenarnya kenape ramai sangat frenz atau pelajar-pelajar kat sekolah aku tu(SMKPG1) suke ngan korean nie terutama SUJU .. 2PM .. SHINEE .. and so on lah ! tapi nak taw kenape aku tulis besar-besar perkataan korea ANNYENGHASEYO ! dekat entry kali nie ...? sebabnye aku rase orang-orang yang suke korea nie adalah spesis manusia yang unik dan istimewa .. (sikit je special and uniknye tuu) .. korang nak taw tak dulu mase awal ta0n ms0k form 3 ni .. ramai bdax2 yg aku kenal suke korea.. bagi aku dulu, sape yg suke korea nie dieorg nie pelik ! sampai sanggup belajar bahase korea .. ingat semua lirik lagu dlm bahase korea .. WOW ! korang memang fanatik giler ! syabas aku ucapkan ..


Akademi Fantasia 9 ..
Dulu .. ramai kate AF nie xbest ! cam hampeh ! no quality ! zero ! tapi sekarang ASTRO buat AF musim terakhir .. AF9 katanye akan jadik yang paling best . yelah musim terakhir katakan . AF musim 9 nie .. aku mule tengok waktu konsert 5 .. aku suke sangat ngan pengacara die AZNIL dan juri die Fauziah Dato' Ahmad Daud ngan Hattan .. huhu .. bez .. bez ! mase first-first tengok  AF9 nie .. 5 orang yang aku target masuk Final adalah Erul, Raqib, Lena, Azri, hazama . tapi Raqib dah kluar dulu .. suare sedap pun keluar awal .. xpatot ! Okey lah AF9 nie best la jugak ..


Sekarang nie ku nak citer pasal ERUL !! aku suke ngan suare die sedap .. bile die nyanyi lagu Wanita Seluruh Dunia dendangan Projek Pistol .. WAH !! sedap gilerr ! memang bez ! die nyanyi lagu tu mase konsert ke 4 ! Tagline Erul ni lah yang aku tulis besar-besar tadi . ANNYEONGHASEYO ! memandangkan aku tidak meminati korea .. aku ke sekolah pada hari rabu ,, waktu tu perikse Sivik .. aku jumpe dengan Sabryna .. well, die memang fanatik SUJU .. tanpa melempar masa.. aku mengajukan soalan padanya ..
 "sabryna .. aa.. Anyeonghaseyo tu maksudnya ape ?" 
"Hai .. hai .." sambil melambai-lambai tangannya ,,
Bayangkan saja .. perkataan panjang sedemikian maksudnye pendek je ! hahaha .. xsangka kan ade pelajar AF yang minat korea .. mezty ramai fans die kat luar .. dah la suare sedap suke korea lak .. kat luar tu mezty ramai lagy suke korea .. semua nak sokong die atas alasan .. "kita ngan erul satu kepale .. same-same suke korea .. jadi kitorg sokong die !"  aku pun dah mule rase yg Erul nie akan jadik juara musim nie .. suare die sedap lah !

Wednesday, May 11, 2011

Hari Guru 16 Mei 2011 ..

assalamualaikum ..

SELAMAT HARI GURU, CIKGU !


korang semua mesty tau kan 16 mei nie kite sluruh Malaysia akan menyambut hari guru .. Korang mesty taw yang guru nie same je mcm lilin . Cikgu Maizatul kata 'Guru nie dipanggil lilin sebab mereka sanggup bakar diri sendiri semate-mate nak menerangi murid-muridnye' waktu tu hati kecil aku dah berkata-kata .. bako diri ?? nanty cairlah cikgu .. apelah aku nie kann .. kann .. kann ??


Hari guru nie .. kelas aku dah plan sorg kutip 2 ringgit .. kelas aku kann ade due org cikgu .. hehe .. semoga hadiah tu dapat diabadikan oleh guru-guru itu sebagai kenangan manis .. yelah ,, ta0n depan ramai dah bdax-bdax kelas 3Arif nie yg akan pergi ke sekolah yg lebey baik .. Ouhh .. aku tringat plak kata-kata cikgu Wan Yusnizan mase Audit Akademik dulu .. 'Saya xnak tengok muke awak semua kat sini ta0n dpn ! bkn sbb saye benci awak .. ndakk ! tapi kitorg nak awk pegi skolah yg lebih baik spya mase dpn awk smua pun bertambah baik. tengok abg kakak awak form 4 .. kitorg gelar diorg golongan paling pupus !' then, kitorg ketawa ..


GURU .. TERIMA KASIH !

Saturday, April 23, 2011

Anak yang menanti cahaya kasih ibu bapa ..

Saya nak cerita about saya punye frenz .. hidupnya amat bebas .. sekali pandang ,, "hurm .. mak bapak budak nie xreti nak kasik didikan agama ke ?" .. Kesian kan hidup kawan saya ..?


Mengikut kajian .. remaja merupakan golongan yang mudah hancur dan rosak . Remaja ini menjadi sedemikian because .. hmm .. 
1) DESAKAN EKONOMI KELUARGA
2) TIADA DIDIKAN AGAMA
3)PERPECAHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN
4) PENGARUH RAKAN SEBAYA (P.R.S)
5)TEKANAN PERASAAN
6) BANYAK MASALAH


yelah kan ,, banyak masalah .. pastu amik jalan mudah nak selesaikan masalah tu .. kalau ways tu positive xpe gak tapi diorg nie lebih terdorong ke arah sesuatu yg negative .. hurm ~ wants to comments about this statements ?? Ha .. satu lagi bab diorg ni nak seronok punye pasal .. dosa pahala entah ke mana [wah .. hebad betol ayat nie.. hehe]


Korang jgnlah amik jalan mudah ye .. nanty tergolong dlm remaja [13 to 17 je bace post nie ye] yang hancurs .. no .. no .. no .. xnak lah gitu ,, nanty negare mundur mase depan nanty .. huisssh ! dahsyat .. susah nak bayangkan .. !! jadi kalau ade probs .. cmnie caranye ..
1)SHARE NGAN FRENZ , FAMILY , COUSIN, SIBLINGS ? [xsusah kan ?]
2)AMBIL MASE MEET WITH COUNSELOR .. [cikgu zila could be the best choice for you]
3)BELAJAR KAWAL EMOSI ???


nie tak .. kawan just gurau-gurau je ckp tu ckp nie .. dihentaknya kepala budak tu dgn kerusi kelas ..?? xde otak eh ..? kang msok skolah juvana baru tahu !! klau bdax tu mati u will die too you know .. [undang-undang negara]


So, di akhir kalam ni .. saya just berharap kawan saya itu membaca atau sekurang-kurangnya TERbaca post ini dan dpt motivate herself to be better in her life .. semoga sinar kebahagiaan yg awak nanty akan muncul ..

Friday, April 22, 2011

Bintang si penghias langit ..

berbicara tentang angkasa .. yang terbayang di kotak fikiran mungkin hanya sekadar langit,, planet,, matahari,, bulan . Bagi yang pintar dan otaknya tergolong dalam kumpulan cerdik pandai ,, dia tahu tentang lebih dalam lagi .


Seketika .. pada waktu malam yang hening dan tenang lagi tenteram serta mendamaikan jiwa kita memandang ke langit . beribu-ribu bahkan berjuta malah bertrillion-trillion gugusan-gugusan bintang setia meminjamkan keindahan cahayanya kepada jutaan penduduk bumi . Mari kita menyelami kehidupan sebuah bintang .




Bintang-bintang dan planet-planet terbentuk melalui pemampatan jirim-jirim gas dan debu di angkasa yang dinamakan "nebula". Kerana itu, nebula, sumber objek-objek angkasa ini, mempunyai peranan utama di cakerawala ini. Nebula tidak mempunyai cahaya sendiri seperti bintang. Oleh itu, sukar untuk melihatnya. Ia hanya dapat dilihat apabila gas dalamnya mengeluarkan cahaya atau jika ia memantulkan cahaya daripada bintang-bintang. Kita juga dapat melihatnya apabila ia dilintasi satu sumber cahaya.

Bintang memberikan kepanasan, cahaya dan tenaga. Selain daripada bintang-bintang kecil, terdapat juga bintang-bintang besar. Sebenarnya matahari bukan bintang utama seperti yang kita sangka; terdapat banyak bintang-bintang lebih besar daripadanya.Tahukah kamu bintang juga mempunyai jangka hayat? Bintang bukan benda hidup, tetapi seperti juga benda hidup, mereka juga dilahirkan, hidup dan mati.
Seperti yang telah kami tunjukkan, bintang terbentuk di dalam nebula. Sebuah bintang gergasi selalunya mati di dalam letupan besar, jirim-jirim yang membentuknya akan berselerakan ke serata arah. Daripada pecahan-pecahan ini, ia membentuk elemen-elemen yang menyebabkan kemusnahan bintang-bintang dan planet-planet kecil yang berdekatan. Matahari dan planet-planet di dalam Sistem Suria dan Bumi kita telah terbentuk berikutan letupan sebutir bintang gergasi pada masa silam.

Monday, February 14, 2011

10 lagu paling popular di malaysia 2010

assalamualaikum pembuka kata ,
selamat sejahtera penyambung bicara ,
seperti yang kita semua sedia maklum melalui tajuk yang saya berikan di atas, saya akan membuka lembaran dalam konteks muzik kali ini .
10 lagu ini hampir dikuasai oleh muzik industri tempatan .
                  ***TOP 10***
1.Drama King - Meet Uncle Hussein & Black
2.Yank - Wali
3.Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir
4.What You Waiting For - Mizz Nina & Colby O'Donis
5.Jahat - Stacy
6.Sofea Jane - Black
7.Hati Yang Kau Sakiti - Rossa
8.Inilah Cinta - Akim
9.Ku Ada Kamu - Adira
10.Yang Sempurnakanku - 6ixth Sense

lagu mana yang korang semua paling suka sekali ...?
citer laa . saya pun nak tahu .
tapi kalau yang taste korea punyer song .. sory coz' lagu super junior sory-sory sekadar berada di tangga ke-19 .
***The END*** :P

Saturday, January 29, 2011

Sepuluh Bangunan Tertinggi Di Dunia ...

1Fuhh . memang lame betul tidak menulis blog nie .
Kali nie aquu datang dengan sedikit ilmu geografi .
sekadar untuk berkongsi bersama dengan korang semua .
Moga Terhibur . !

(10 menara tertinggi di dunia ...)






1) sudah semestinyer Jatuh kepada Menara Burj Khalifa yang bertempat di  Emiriah Arab Bersatu .
  • Siap sepenuhnyer pada 1 oktober 2009
  • Memotong menara Taipei 101(509m) yg dulunya menara paling tinggi di dunia .
  • berketinggian 828 , menara yang teramat tinggi tau tak ? . betul . xtipu . kalau naik tingkat atas sekali, leh tengok sebahagian permukaan bumi .
  • Kos pembinaan adalah AS$1.5 billion . haa , banyak tak ? .







2) Menara Taipei 101 di Taiwan
  • dibuka sepenuhnya pada 31 disember 2004 .
  • tingginyer pulak .. hurm~ 509.2 meter ! . fuiyoo~
  • ade 101 tingkat . 5 tingkat bawah tanah yg len atas tanah .
  • kos pembinaan - $1,600,000,000 - betull , tak tipu !





3)  Shanghai World Financial Center, Shanghai
  • tingginye - 494.4m
  • bilangan tingkatnyer cume 101
  • bilangan lif lak just 31 jerr ! .
  • kos pembinaannya mencecah US$1.20 billion



4&5) Menara Berkembar Petronas (Wakil malaysia satu-satunyer)
  • tinggi die hanyelah 452 m sajee .
  • tempoh pembinaan - 1992-1998 .
  • dibuka waktu 31 Ogos 1999 . tarikh malaysia merdeka . !
  • menara ini hanye ade 88 tingkat jer . xbanyak , xsiket .
  • kos pembinaan - AS$ 1.6 billion
  • waktu menara nie siap , menara nie adalah MENARA PALING TINGGI DI DUNIA ! . tapi tulah . asyik dipintas-pintas . jatuh terus 6ber empat ! .






6) Sears Tower, Chicago
  • Tinggi : 442 meter
  • Tahun siap : 1974
  • Tingkat : 108










7. Jin Mao Building, Shanghai
  • Tinggi : 421 meter
  • Tahun siap : 1999
  • Tingkat : 88



8. Two International Finance Centre, Hong Kong
  • Tinggi : 415 meter
  • Tahun siap : 2003
  • Tingkat : 88







9. CITIC Plaza, Guangzhou, China 

  • Tinggi : 391 meter
  • Tahun siap : 1996
  • Tingkat : 88











10. Shun Hing Square, Shenzhen, China

  • Tinggi : 384 meter
  • Tahun siap : 1996
  • Tingkat : 69