Followers

Sunday, December 4, 2011

Kenal tak Imam As-Syafie


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,,
Korang mesti pernah dengar mazhab Syafie kan???
Inilah dia pengasasnya ... hebatt orgnyerr ...
Korang sedar tak mazhab kita mazhab siapa???
Kalau korang semua cakap Mazhab Imam Syafie ... Yess,, you are right.
Jom kita kenal-kenal dengan pengasas Mazhab Syafie ni .
Nama sebenar Imam As-Syafie ialah Muhammad bin Idris bin Usman bin Syafi' bin As-sa'ib.
Jadi daripada mana datangnya nama Syafie ni???
Ianya diambil sempena nama datuknya iaitu Syafie bin saib.
Beliau dilahirkan di Ghazzah, Palestin pada tahun 150 hijrah bersamaan dengan 767 masihi .
Bapanya meninggal dunia sebelum beliau sempat dilahirkan .
Beliau pula meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 masihi di Mesir.
Imam As-Syafie mempunyai peribadi yg sangat tinggi, kuat ingatan, terang hati dan rajin.
Beliau mula belajar membaca Al-Quran sekitar usia 5 tahun .
Fuhh ... Korg 5tahun pandai ke baca Quran??? haha
Cuba teka pada usia berapa beliau menghafaz keseluruhan Al-Quran???
Jawapan: pada usia 9 tahun. Korg darjah 3 tau tak.
Dahsyat kan Imam Syafie ni. (my idola .. haha) malu nih .
Pada usia 12 tahun ... beliau telah menghafal keseluruhan Kitab al-Muattok karangan Imam Malik.
Imam Malik ialah pengasas Mazhab Maliki.
Pada usia remaja,, beliau banyak kali menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram .
Beliau belajar dengan ulama yg mahsyur seperti Imam Malik bin Anas dan Ibrahim bin Abi Yahya As-Sami .
Beliau juga pergi mengembara ke Iraq, Parsi, Palestin dan Yaman untuk semata-mata menuntut ilmu pengetahuan .
Hebat kan pengasas mazhab yang menjadi ikutan kita ni.
Beliau juga pernah berhujah dengan golongan anti-Hadis yang juga disebut di dalam kitab Ar-risalah .
Beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadat .
Okeyhh ... ni je nak share . penat suda menaip . Bye dulu . :)

No comments:

Post a Comment