Korg tengok tak cerekarama kat TV3 sabtu lepas 3November2011 .??
Well, kalau tak tengok takpe ...
Tapi kalau korg tengok kan ... cerita tu memang best .
Pelakon perempuan yang berusia 16 tahun iaitu eyka farhana telah diberi kepercayaan untuk membawakan watak utama which is Nur Ain .
Watak utama kan mestilah bagus .
Kalau tak pengarah tak pilih jdik pelakon utama .
So, nak citer la kat sini .
Baru-baru ni aku tertekan channel TV3 dan tertengok lah citer NurAin ni .
Bila dah tengok rase cam nak tengok sampai habis ... (mmg aq tngok smpai habis pun)
Aku tersedar bahawa pelakon utama cerita ni sebenarnya pelakon baru .
Baru tak baru ... tapi acting dia MANTAP nmpak cam real .
Lakonan yang boleh lah dikatakan berkesan bab aku berjaya menghayati citer ni .
Pastu ,, gandingan Fasha and Fahrin nampak cam okey la ... cuma tak terlalu berjaya membawa watak suami isteri tu . Macam ada kurang something la . xde chemistry kowt ??? who know...
Aku harap TV3 siarkan lagi cerita berkualiti macam ni .
Dan aku ingat lagi zaman kegemilangan TV3 dulu menerusi drama Nur Kasih yang ditonton oleh berjuta-juta rakyat Malaysia. Cerita macam tu la yg kitorg nak tengok kat TV.
Harap masih ada lagi cerita sebegini kat kaca televisyen . kan ... kann ...
Never mind i find someone like you i wish nothing but the best for you don't forget me, i beg
Followers
Monday, December 5, 2011
Ada ape je 10 Muharram ???
Sejarah 10 Muharram:-
+ Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
+ Diterima taubat Nabi Adam a.s.
+ Dicipta Adam a.s.
+ Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
+ Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
+ Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
+ Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
+ Selamat Musa dan pengikutnya.
+ Lemas Firaun.
+ Dilahirkan Nabi Isa a.s.
+ Diangkat Nabi Isa kelangit.
+ Diangkat Nabi Idris ke langit.
+ Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
+ Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
+ Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
+ Nabi Yaakub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
+ Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
+ Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
+ Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
+ Diterima taubat Nabi Adam a.s.
+ Dicipta Adam a.s.
+ Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
+ Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
+ Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
+ Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
+ Selamat Musa dan pengikutnya.
+ Lemas Firaun.
+ Dilahirkan Nabi Isa a.s.
+ Diangkat Nabi Isa kelangit.
+ Diangkat Nabi Idris ke langit.
+ Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
+ Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
+ Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
+ Nabi Yaakub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
+ Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
+ Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
+ Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
banyak kan ??? jadi manfaatkanlah 10 Muharram korg . 10 Muharram gak dikenali sebagai hari asyura . Ala yg bubur tu . bubur asyura . bubur tu lain negeri lain resepinya . Tapi johor and kelantan yg paling sedapp kod . Korg cubalah suruh parents beli kan .
Sunday, December 4, 2011
Ceritera: Risau giler ni .
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Hari result PMR dah nak dekat dah ni . Gelabah aku dibuatnya . Makan tak lalu . Tidur tak lena .
Rasa macam aku bernafas dalam air . Nak buat something asyik terfikir masa depan . Macam mana lah agaknye kan result aku tu ??? haha ... tawakal jelah . Benda dah jadi,, exam dah amik . Tunggu jelah ape yg aku dpt nnty .
Aku redha jelah dengan apa yang Allah S.W.T beri nanti . semoga ianya sesuatu yg menggembirakan dan tidak mendukacitakan . Aku harap masih terdapat sinar kebahagiaan yang menanti aku sebelum masuk tahun 2012 nanti .
2011 I HEART YOU
Tahun 2011 adalah tahun yang cukup aku puas hati . Tahun yang menggembirakan . Tahun yang memeritkan (PMR lah ape lagi kan) . Tahun 2011 ni banyak sangat kenangan yg takkan boleh aku lupakan (cehh nanti form 4 lupe jugak) . Tahun 2011 ni rasanya banyak beri aku pengajaran dan iktibar . Dan aku rasa aku dah menjadi semakin matang untuk menjalani kehidupan yang sememangnya berliku dan penuh dengan ranjau . Tuhh ... aku tak cakap Onak duri lagi tu . haha . apela aku ni .
Parents
Aku tak tahu kenapa tapi Tahun 2011 ni adalah tahun yg paling terokk bagi rumah tangga parents aku ni . Aku pelik campur hairan kenape diorg ni kerap sangat bergaduh . Sampai ada ketika aku rasa sedihh . Nangis ??? Lelaki tak boleh nangis la ..(poyo ayat aku) haha . Dah la ... lagipun rumah tangga mana yang tidak dilanda ombak ,, kita kena pandai bina penghadang dan perisai supaya tidak roboh dan hancur dilanda Ombak yang ganas tu (takodd tak?) . haha . WHATEVER. i'm totally not ready to step into adulthood . aku sepatutnya masih gembira menjalani kehidupan sebagai remaja yang bebas dan berfikiran matang . BEBAS? eipp ... korg jgn fikir bkn2 . Maksud aku ,, aku asyik kena kurung kat umah je . Bosan kod Mama,, Abah . Tapi xpe . Untuk kebaikan aku jugak . PMR nanti insya-Allah result baik punyer . Gempak la kan . haha . sudah STOP IT . apa-apapun... aku masih menyatangi parents aku . (aq ni anak yg baik lah).
Sekolah mana ye ???
Huh- aku pening nak pilih sekolah yang mana untuk Form 4 nanti . Aku mestilah nak sekolah yang TERBAIK kan . Jadi ,, aku serahkan pada takdir jelah kan . Aku dah amik UKKM untuk masuk MRSM tapi entah dapat atau tak . Ramai lagi yang pandai-pandai kann ??? Aku??? tidaklah seberapa jika dibandingkan mereka (kene rendah diri) . haha . dah la penat aku menaip . sampai sini ye dulu . aku nak saksikan Konsert Jomheboh Kat TV3 . bye .
![]() |
Adakah aku bakal melanjutkan pengajianku di tingkatan 4 di MRSM??? |
![]() |
Adakah aku akan kekal di SMKPG(1) . |
![]() |
Adakah ini sekolah aku : SAMURA |
Kenal tak Imam As-Syafie
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,,
Korang mesti pernah dengar mazhab Syafie kan???
Inilah dia pengasasnya ... hebatt orgnyerr ...
Korang sedar tak mazhab kita mazhab siapa???
Kalau korang semua cakap Mazhab Imam Syafie ... Yess,, you are right.
Jom kita kenal-kenal dengan pengasas Mazhab Syafie ni .
Nama sebenar Imam As-Syafie ialah Muhammad bin Idris bin Usman bin Syafi' bin As-sa'ib.
Jadi daripada mana datangnya nama Syafie ni???
Ianya diambil sempena nama datuknya iaitu Syafie bin saib.
Beliau dilahirkan di Ghazzah, Palestin pada tahun 150 hijrah bersamaan dengan 767 masihi .
Bapanya meninggal dunia sebelum beliau sempat dilahirkan .
Beliau pula meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 masihi di Mesir.
Imam As-Syafie mempunyai peribadi yg sangat tinggi, kuat ingatan, terang hati dan rajin.
Beliau mula belajar membaca Al-Quran sekitar usia 5 tahun .
Fuhh ... Korg 5tahun pandai ke baca Quran??? haha
Cuba teka pada usia berapa beliau menghafaz keseluruhan Al-Quran???
Jawapan: pada usia 9 tahun. Korg darjah 3 tau tak.
Dahsyat kan Imam Syafie ni. (my idola .. haha) malu nih .
Pada usia 12 tahun ... beliau telah menghafal keseluruhan Kitab al-Muattok karangan Imam Malik.
Imam Malik ialah pengasas Mazhab Maliki.
Pada usia remaja,, beliau banyak kali menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram .
Beliau belajar dengan ulama yg mahsyur seperti Imam Malik bin Anas dan Ibrahim bin Abi Yahya As-Sami .
Beliau juga pergi mengembara ke Iraq, Parsi, Palestin dan Yaman untuk semata-mata menuntut ilmu pengetahuan .
Hebat kan pengasas mazhab yang menjadi ikutan kita ni.
Beliau juga pernah berhujah dengan golongan anti-Hadis yang juga disebut di dalam kitab Ar-risalah .
Beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadat .
Okeyhh ... ni je nak share . penat suda menaip . Bye dulu . :)
Lagu di pentas AJL 26 2012
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Tujuan aku menukilkan post ni adalah untuk membicarakan kehangatan yang sedang melanda industri muzik tempatan sekarang ini. Muzik-Muzik kini tampil dengan musim yang ke-26. cukup tua??? tidak untuk industri muzik negara kita. Sememangnya, semenjak kategori-kategori etnik kreatif, balada dan pop rock ni dilupuskan, sudah tiada lagi penyertaan dari kategori etnik kreatif. Bagi aku, etnik kreatif was such a boring song. Dan muzik-muzik ke-26 dikuasai oleh golongan muda(artis-artis muda). Apa-apapun, tahniahlah buat lagu yang berjaya mengharungi separuh akhir dan melayakkan diri ke pentas AJL yg penuh berprestij bulan januari nanti. Yang tak berjaya tu, tahun depan cuba lagi sampai dapat. Anyway congrats to YUNA and AIZAT yg berjaya mencipta hatrik untuk ke pentas AJL. sekali lagi tahniah. So, lagu yg berjaya ke pentas AJL ke-26 adalah:
- Beribu sesalan-3suara
- Kisah Hati-Alyah
- Gadis semasa-Yuna
- Awan Nano-Hafiz
- KakandaAdinda-Atilia,Monoloque
- Cinta Muka Buku-Najwa Latif
- Wanita Seluruh Dunia-ProjekPistol
- Kalau Berpacaran-AnaRafali,Suhaimi
- Penakut-Yuna
- Sedetik Lebih-Anuar Zain
- Karma-Faizal Tahir
- Sungai Lui-Aizat
GERAMNYERR BILA LAGU SOFAZR-MAAF DARI HATI TAK DAPAT MASUK AJL26.
jAClyn Victor NYanyi Lagu ANuar ZAin SedaPP lahH...
Saturday, December 3, 2011
puisi keinsafan jgn tinggal solat
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bijaksana sungguh,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....
Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang..
15 Seksaan di Dunia, Akhirat jika tinggal SOLAT
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata.”
Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.
Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: “Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab.”
Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.
Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?”
Jawab Baginda:
l Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupa mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).
l Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).
l Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.
l Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).
l Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.
l Doanya ditolak Allah.
Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya.”
Kemudian bertanya lagi sahabat: “Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?”
Jawab Baginda:
l Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.
l Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.
l Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.
Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?”
Rasulullah SAW bersabda: “Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti.”
Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja’ul akra’, yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.
Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: “Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh.”
Lalu Suja’ul akra’ terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.
Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.
Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?”
Jawab Baginda: “Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.
“Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar.”
Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.
Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.
Firman Allah bermaksud; “Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka.” (Surah Maryam, ayat 59).
bagi yg mcm tak percaya tu (mungkin ada yg kata mcm mana la.. dll) baik pikir banyak kali sbb aku ada dgr ustaz ckp nanti bila mati akan ada yg mintak dihantar balik ke bumi sbb nk buat amalan tapi time tu dh terlambat… jadi takkan kita nk termasuk dlm golongan tu kut :D (sumber rujukan aku tk simpan)
Mari kita perbaiki diri kita ;)
Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)