Followers

Thursday, March 15, 2012

Lirik Lagu Asfan - Terhenti di Sini

Bismillahirahmanirahim

Sedang mata ku ini sedang membaca paper Kosmo! di ruang tamu ku yang serba sederhana, cuping telingaku telah menangkap satu alunan muzik yang indah sedang beralun di kaca televisyen . Oh ! MuZik-MuZik 27 rupanya ! Lagu yang telah berjaya membuatkan hatiku tidak keruan ini berjudul Terhenti di sini . Intro dia romantik ! Segala-galanya indah mengenai lagu yang dinyanyikan oleh Asfan (nama xpopular. Guess dia ni penyanyi baru kod!) . Lepas je aku jumpa lirik dia kat internet, aku terus salin dalam buku merah aku . Gila xsalin ? lagu sedap kod . (:


K a t a - k a t a  A s f a n
"Saya belum nampak ada mana-mana penyanyi yang benar-benar berjaya dengan muzik jazz seperti Datuk Sheila. Impian saya memang kalau boleh teringin sangat nak berduet dengan beliau. Tetapi saya sedar siapa diri saya dan mungkin impian itu hanya sekadar angan-angan," katanya. 

A s f a n . S i a p a k a h ?
Tapi , sempena pengenalannya di arena seni suara, Asfan yang mempertaruhkan single pertama Terhenti Disini memilih 'modern rock' kerana akur dengan kehendak pasaran . 
Boleh bermain alat muzik seperti gitar, pereka grafik sambilan ini pernah menyertai pertandingan One In A Million dan MyStarz LG. Dia layak menjadi 20 peserta terbaik dalam kedua-dua pertandingan realiti itu. Meskipun kandas, Asfan bersyukur kerana impian menjadi penyanyi tercapai melalui peluang diberikan Alibi.  


ASFAN-TERHENTI DI SINI
Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta


Sedap kann ? memang pun .



Mentor 6 perkenalkan protegenya

Bismillahirahmanirahim ...

Entry kali ni, jari-jemariku begitu bersemangat mahu menukilkan tentang industri seni tanah air . TV3 cukup sinonim dengan program nyanyian realiti MENTOR yang mana ianya muncul kembali dengan musim terbaru, musim keenam . menampilkan mentor-mentor baru yang diberi tanggungjawab mencari protege yang terbaik bagi diasah di pentas Mentor 6 sehingga tajam bagi bersaing dengan mentor-mentor lain semata-mata mahu merebut gelaran JUARA Mentor 6 . Ally Iskandar masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan program realiti ini sebagai hos .

Di sini merupakan mentor serta protege yang telah berjaya menambat hati mereka bagi diperjuangkan di atas pentas Mentor 6 yang sememangnya penuh dengan cabaran dan persaingan yang sengit semestinya menanti mereka. Persoalannya, siapa dan mentor mana yang bertahan sehingga ke pusingan akhir bagi bertarung secara habis-habisan menentang antara satu sama lain bagi mempertaruhkan nama sebaris dengan juara-juara mentor musim pertama sehingga ke musim kelima . Saksikannya pada Ahad. 9Malam di TV3 .

Faizal Tahir dan Anas
Ferhad dan wanie


Ogy dan Zatul


Ella dan Puteri Caroline

Ramlah Ram tanpa Protege di sisi  : )
Protege Ramlah Ram, Ana Syuhada



Protege di waktu Ujibakat .  : )






Huhu ... Hiraukan je susunan gambar yang huru-hara tu . Okey ? Sampai di sini dulu jari-jemari menari di atas papan kekunci . : )

Monday, March 12, 2012

Dari SMK ke MRSM !!!!


















MRSM Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur .

Ingatanku melayang memikirkan maktab tatkala jari-jemariku sedang bersemangat hendak menyalin copy paste lirik lagu sesaat kau datang Ramlah Ram ft. Sleeq di internet . Namun, lain pula yang berlaku akhirnya apabila hati ini lebih terdorong untuk menukilkan sesuatu di blog tercinta ! Hampir dua minggu aku berada di MRSM untuk menyambung pengajian di tingkatan 4. Dua minggu itu juga blog aku persis tidak bernyawa kerana aku tidak mempunyai saat bagi mengakses talian internet yang tidak bersempadan . Kini aku kembali menyertakan hasil perahan mindaku untuk terus mewarnai blog ku ini sebelum aku sendiri berangkat terus ke maktab 18 March 2012 bagi menuntut ilmu juga berjuang bersama tentera-tentera yang lain bagi menghadapi medan perang (Ujian Sem1) yang diisytihar oleh para pendidik maktab akan belaku pada bulan April . Sesungguhnya, bulan itu bakal mencorakkan kehidupan aman kami di asrama dengan iagauan mimpi-mimpi yang ngeri . Mungkin juga akan ada yang tersesat di dunia kegelapan . Ahh... lupakanlah! bulan 4 masih jauh untuk dilalui . Berbalik kita pada tajuk yang indah tersulam di entry kali ini .


MRSM MZMS, adalah jolokan yg diberi kepada maktab yang ku diami sekarang . Pada hari pertama diri ini mendaftar, jiwaku seolah-olah dibalut kain kesedihan kerana aku sedar bahawa apa yg menantiku beberapa jam lagi pastinya perit ! Mungkinkah diriku ini mampu menghadapi gelombang yang dibawakan dunia tanpa ibu bapa di sisi lagi . Mereka sudah jauh. jaaaauuuuuhhhhhh sekali dari jasadku yang hanya mampu mendoakan mereka yang telah membawaku ke MRSM tanpa aku mengetahui keadaan mereka bagaimana. Aku ditimpa perasaan homesick? mungkin juga benar ... Ahh ! tidak ku sangka, setelah 15 tahun bersekolah di sekolah kementerian pelajaran malaysia, akhirnya pada tingkatan 4 aku akan belajar untuk berdikari di negeri orang . 15 tahun orang tuaku sentiasa berada di sisi memberi segenap motivasi bagi meneguhkan keyakinan diriku yang kadang-kala luntur kerana dicabar oleh kesombongan arus duniawi . tahun berikutnya, tiada lagi benda itu semua . Persoalan yang sering terungkap di bibir ini semata adalah, mampukah aku hidup seperti orang normal tanpa kedua-dua mereka di sisi ? Mungkin asrama bakal mengajarku erti kematangan dan aku akan lebih berdikari ? ya... mungkin juga ...


Baiklah... aku rasa ini saat yang paling punctual (bak kata pelajar MRSM MZMS) untuk jari-jemari ini menari-nari di atas papan kekunci netbook 1Malaysia ini bagi melakar ucapan SeLaMaT TiNgGaL kepada sekolah-sekolah yg pernah dipenuhi dengan derai tawa mungkin juga ada air mata sepanjang keberadaan diri ku ini .

2009-2012 in memory----->SMK Pasir Gudang (1)
2003-2008 imemory----->SK Taman Molek
200imemory----->Tadika PASTI Al-Irfan

Di sini sahaja dulu buat masa ini . Kita akan berjumpa lagi bila-bila masa bila ada kelapangan dan kesenangan di masa kelak . Akhir kalam, doakanlah kejayaan aku di MRSM MZMS . amiiinn ! Wassalam .

Wednesday, February 22, 2012

Semakan ambilan kedua MRSM tingkatan 4 sesi 2012

MRSM = Maktab Rendah Sains Mara
MJSC= Mara Junior Science College

Aku nak memberitahu bahawa tarikh rasmi pengumuman semakan ambilan kedua MRSM bagi sesi 2012 Tingkatan 4 telah didedahkan (Mama aku telefon pejabat MARA KL). 22 February 2012 adalah tarikh yang penting bagi pelajar-pelajar tingkatan 4(PMR 2011) yang tidak mendapat tawaran ke MRSM ambilan pertama namun ada membuat rayuan sama ada di internet atau melalui surat-menyurat. Semakan boleh dibuat terus di Laman Web MARA di sini atau melalui SMS. caranya mudah sahaja .

Hanya Taip : MARA MRSM <no. angka giliran> hantar ke 15888

Aku pun ade mohon dan harapnyer dapat diterima ke MRSM sesi 2012 tingkatan 4. Korang yg baca tolong doakan kejayaan aku ye ? A H ! jangan forget untuk write komen di box komen bawah ni . :) Aku suka bace your comments . please baca ini . Para hadirin pengunjung blog NikHazrulNikSepian !!! sila tinggalkan comments yg baik-baik dan tidak berbaur unsur-unsur negative ! Ini blog saya bukan blog kamuu .

Lastly, i would like to congratulate all of the students that visit this blog and eventually being accepted in MJSC/MRSM . Do better for your SPM 2013 and please wish me luck ,, okey ? :) Thanks .

Saturday, February 4, 2012

AJL 26 satu fenomena ???

Well, aku taw yang AJL dah lame habisss . Tapi aku tak rase yang aku dah terlewat untuk membahaskan soal AJL 26 dalam blog aku. Kann? Sape yang tengok Anugrah Juara Lagu 26 ni mesty dah taw sape yang merangkul gelaran juara.

Kalau tak ingat xpe . aku ingatkn balekk .

JUARA - AWAN NANO, HAFIZ

NAIB JUARA - BERIBU SESALAN, 3SUARA, JAC NING SHILA.

KETIGA - KARMA, FAIZAL TAHIR

VOKAL TERBAEKKK - AWAN NANO, HAFIZ  AIKK ?? MENANGG LAGII?

PERSEMBAHAN TERBAEKKK - KISAH HATI, ALYAH

Aku suka show Alyah malam tu. Dengan penampilan special Remy Ishak yang datang entah dari mana buatkan persembahan tu jadi lebih seronok ditonton. Ada yang cakap macam tengok video klip. apa-apapun syabas buat Alyah yang berjaya membawa pulang hadiah malam tu.

F.T a.k.a Faizal Tahir. Siapa yang tak taw kalau F.T masokk mesty mnang. Korang tngok je la mcm mne dia bakar PIANO die atas pentas. kaya nyer bako-bako PIANO. tapi xpe. dah mnang dah kann? beli la baruu. tutup KES !

Beribu Sesalan. gagal bagi impak yg aku harapkan. xde props . uhh buhsann ler . Tapi aku still prefer lagu die.     Ade yang kata lagu tu ade aura yg tersendiri. Siapa yang dengar lagu tu conform akan terkesan dengan alunan suara-suara 3SUARA. Lagu ni aku kategorikan sebagai lagu yang phenomenal tahun 2011 selain DADALI-DISAAT AKU MENCINTAIMU DAN ZIVILIA-AISHITERU.

AWAN NANO pemenang rasmi AJL26 . korang mesti tak percaya apa yang aku cakap ni tapi semalam (jumaat 3 Feb 2012) cikgu kaunseling aku guna pembesar suara yang digantung merata-rata kat seluruh bangunan sekolah tu untuk pasang lagu awan nano yg ada dlm henset cikgu. Biasanye cikgu2 PG1 guna pembesar suara tu untuk buat pengumuman je. Tapi laen pulak ceritenyer semalam. Memang HARI DALAM SEJARAH semalam. Cikgu BI aku kata OH MY GOD . nak exam kod. haha . i HEART SMKPG1 .

Akhir Kalam, awan nano bnyak diperkatakan oleh pelajar-pelajar sekolah aku. Rmbowt cm Hafiz, org gelar awan nano. Ade yg nyanyi Awan nano nano nano nano nano nano nano nano (versi JOHAN raja lawak) dalam kelas aku. Jadi, AJL26 ni satu fenomena baru ke di tanah air kita ??? fikir-fikirkan lahh .
Sekolahhh?
4SAINS1 memang kelas idaman aku. kelas yang amik pakej sains tulen. And yes i got it. Tapi cuma ada 4 orang je budak 3 Arif dalam tu (including me). Ke mana lagi 30 pelajar ??? masing-masing dah amik haluan yang berbeza. Ada ke SM Teknik JB. ke SMK Taman Nusa Damai (STaND). Ke SMK Dato' Penggawa Timur. SBP dengan MRSM je xde lagi setakat ni budak kelas aku pergi.

Aku??? masih lagi di SMK Pasir Gudang 1. Tapi masih lagi berharap yang aku dapat second intake ke SBP atau MRSM. dan aku akan jadi org pertama dalam kalangan bekas pelajar 3ARIF 2011 yg menjejakkan kaki ke sekolah2 tu. (kalau dapat la kan). Nama aku ada kat SMK Taman Nusa Damai tapi aku saje xnak pergi. Korg mesty tertanye-tanye knape aku xnak pergi ?? kann? sebabnya __________ biarlah aku yg taw jawapannyer. Korg xpayah la menyibukk.

Exam dah nak dekat tapi kenapa aku masih berblogging ?? Sewajarnya pergi la belajar sorg-sorg. Add Math, Kimia, Biologi dan Fizik. Pernah dengar subjek-subjek ni? Harap-harap boleh skor. Dapat 75 markah dan ke atas pun dah bersyukur sangatt.

KIMIA- The study of matter and the properties of matter.

BIOLOGI- The study of life.

FIZIK- The study of the environment such as the occurance of the lightning.

So, the conclusion is all this new subjects is the same with PMR SCIENCE but only in the HIGH LEVEL of difficulties. So, if you want to score this subjects, must work harder. Don't get surprise if the straight A's students in PMR but FAILED in CHEMISTRY or BIOLOGY or PHYSICS. ADD MATH makin lama makin susah taw sillibus dia.

Jadi, korang doakan aku dapat straight A dalam EXAM 8 february ni ye . AMIIIN ...

Monday, January 23, 2012

Coretan di atas pena .

Harapan ke SBP dan MRSM tidak kesampaiann !!!

XPE-XPELAA ... REDHO JE LAA KANN?! SBP n MRSM ni amik dax2 straight A je. Aku?? hrmm~ 7A1B je kodd! xdapat SBP n MRSM tu xpe lagi ... ni SM TEKNIK JB pun :~
"Harap Maaf, Permohonan anda tidak berjaya . Sebarang rayuan boleh dikemukakan terus di SM Teknik yg brkenaan."
Hahh... mne lagi aku nak pergi ni??? Uhh... KEHIDUPANN!!!


HARAP-HARAP rayuan insan seperti aku ni diorg pandang. Dapat jugak laa aku merasa nak duduk kat asrama penuh. :D SAngaT2 BrhARapp !!!