
MRSM Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur .
Ingatanku melayang memikirkan maktab tatkala jari-jemariku sedang bersemangat hendak menyalin copy paste lirik lagu sesaat kau datang Ramlah Ram ft. Sleeq di internet . Namun, lain pula yang berlaku akhirnya apabila hati ini lebih terdorong untuk menukilkan sesuatu di blog tercinta ! Hampir dua minggu aku berada di MRSM untuk menyambung pengajian di tingkatan 4. Dua minggu itu juga blog aku persis tidak bernyawa kerana aku tidak mempunyai saat bagi mengakses talian internet yang tidak bersempadan . Kini aku kembali menyertakan hasil perahan mindaku untuk terus mewarnai blog ku ini sebelum aku sendiri berangkat terus ke maktab 18 March 2012 bagi menuntut ilmu juga berjuang bersama tentera-tentera yang lain bagi menghadapi medan perang (Ujian Sem1) yang diisytihar oleh para pendidik maktab akan belaku pada bulan April . Sesungguhnya, bulan itu bakal mencorakkan kehidupan aman kami di asrama dengan iagauan mimpi-mimpi yang ngeri . Mungkin juga akan ada yang tersesat di dunia kegelapan . Ahh... lupakanlah! bulan 4 masih jauh untuk dilalui . Berbalik kita pada tajuk yang indah tersulam di entry kali ini .
MRSM MZMS, adalah jolokan yg diberi kepada maktab yang ku diami sekarang . Pada hari pertama diri ini mendaftar, jiwaku seolah-olah dibalut kain kesedihan kerana aku sedar bahawa apa yg menantiku beberapa jam lagi pastinya perit ! Mungkinkah diriku ini mampu menghadapi gelombang yang dibawakan dunia tanpa ibu bapa di sisi lagi . Mereka sudah jauh. jaaaauuuuuhhhhhh sekali dari jasadku yang hanya mampu mendoakan mereka yang telah membawaku ke MRSM tanpa aku mengetahui keadaan mereka bagaimana. Aku ditimpa perasaan homesick? mungkin juga benar ... Ahh ! tidak ku sangka, setelah 15 tahun bersekolah di sekolah kementerian pelajaran malaysia, akhirnya pada tingkatan 4 aku akan belajar untuk berdikari di negeri orang . 15 tahun orang tuaku sentiasa berada di sisi memberi segenap motivasi bagi meneguhkan keyakinan diriku yang kadang-kala luntur kerana dicabar oleh kesombongan arus duniawi . tahun berikutnya, tiada lagi benda itu semua . Persoalan yang sering terungkap di bibir ini semata adalah, mampukah aku hidup seperti orang normal tanpa kedua-dua mereka di sisi ? Mungkin asrama bakal mengajarku erti kematangan dan aku akan lebih berdikari ? ya... mungkin juga ...
Baiklah... aku rasa ini saat yang paling punctual (bak kata pelajar MRSM MZMS) untuk jari-jemari ini menari-nari di atas papan kekunci netbook 1Malaysia ini bagi melakar ucapan SeLaMaT TiNgGaL kepada sekolah-sekolah yg pernah dipenuhi dengan derai tawa mungkin juga ada air mata sepanjang keberadaan diri ku ini .
2009-2012 in memory----->SMK Pasir Gudang (1)
2003-2008 in memory----->SK Taman Molek
2002 in memory----->Tadika PASTI Al-Irfan
Di sini sahaja dulu buat masa ini . Kita akan berjumpa lagi bila-bila masa bila ada kelapangan dan kesenangan di masa kelak . Akhir kalam, doakanlah kejayaan aku di MRSM MZMS . amiiinn ! Wassalam .
aku diterima masuk ke MRSM Muadzam shah pada ambilan ke-2 . Daftar pada 27 Feb 2012 hari Isnin. PMR aku just 7A 1B . alhamdulillah . far-far better than the trial one. syukur ke hadrat Ilahi . UKKM di MRSM Pontian(plg dkat dgn rumah di Pasir Gudang). Pergi UKKM dengan ayah.
ReplyDelete