Bismillahirahmanirahim ...
Entry kali ni, jari-jemariku begitu bersemangat mahu menukilkan tentang industri seni tanah air . TV3 cukup sinonim dengan program nyanyian realiti MENTOR yang mana ianya muncul kembali dengan musim terbaru, musim keenam . menampilkan mentor-mentor baru yang diberi tanggungjawab mencari protege yang terbaik bagi diasah di pentas Mentor 6 sehingga tajam bagi bersaing dengan mentor-mentor lain semata-mata mahu merebut gelaran JUARA Mentor 6 . Ally Iskandar masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan program realiti ini sebagai hos .
Di sini merupakan mentor serta protege yang telah berjaya menambat hati mereka bagi diperjuangkan di atas pentas Mentor 6 yang sememangnya penuh dengan cabaran dan persaingan yang sengit semestinya menanti mereka. Persoalannya, siapa dan mentor mana yang bertahan sehingga ke pusingan akhir bagi bertarung secara habis-habisan menentang antara satu sama lain bagi mempertaruhkan nama sebaris dengan juara-juara mentor musim pertama sehingga ke musim kelima . Saksikannya pada Ahad. 9Malam di TV3 .
![]() |
Faizal Tahir dan Anas |
![]() |
Ferhad dan wanie |
![]() |
Ogy dan Zatul |
![]() |
Ella dan Puteri Caroline |
![]() |
Ramlah Ram tanpa Protege di sisi : ) |
![]() |
Protege Ramlah Ram, Ana Syuhada |
![]() |
Protege di waktu Ujibakat . : ) |
Huhu ... Hiraukan je susunan gambar yang huru-hara tu . Okey ? Sampai di sini dulu jari-jemari menari di atas papan kekunci . : )
Adam dan protegenya Abdul Kadir . atau KJ .
ReplyDelete