Followers

Thursday, March 15, 2012

Lirik Lagu Asfan - Terhenti di Sini

Bismillahirahmanirahim

Sedang mata ku ini sedang membaca paper Kosmo! di ruang tamu ku yang serba sederhana, cuping telingaku telah menangkap satu alunan muzik yang indah sedang beralun di kaca televisyen . Oh ! MuZik-MuZik 27 rupanya ! Lagu yang telah berjaya membuatkan hatiku tidak keruan ini berjudul Terhenti di sini . Intro dia romantik ! Segala-galanya indah mengenai lagu yang dinyanyikan oleh Asfan (nama xpopular. Guess dia ni penyanyi baru kod!) . Lepas je aku jumpa lirik dia kat internet, aku terus salin dalam buku merah aku . Gila xsalin ? lagu sedap kod . (:


K a t a - k a t a  A s f a n
"Saya belum nampak ada mana-mana penyanyi yang benar-benar berjaya dengan muzik jazz seperti Datuk Sheila. Impian saya memang kalau boleh teringin sangat nak berduet dengan beliau. Tetapi saya sedar siapa diri saya dan mungkin impian itu hanya sekadar angan-angan," katanya. 

A s f a n . S i a p a k a h ?
Tapi , sempena pengenalannya di arena seni suara, Asfan yang mempertaruhkan single pertama Terhenti Disini memilih 'modern rock' kerana akur dengan kehendak pasaran . 
Boleh bermain alat muzik seperti gitar, pereka grafik sambilan ini pernah menyertai pertandingan One In A Million dan MyStarz LG. Dia layak menjadi 20 peserta terbaik dalam kedua-dua pertandingan realiti itu. Meskipun kandas, Asfan bersyukur kerana impian menjadi penyanyi tercapai melalui peluang diberikan Alibi.  


ASFAN-TERHENTI DI SINI
Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta


Sedap kann ? memang pun .



Mentor 6 perkenalkan protegenya

Bismillahirahmanirahim ...

Entry kali ni, jari-jemariku begitu bersemangat mahu menukilkan tentang industri seni tanah air . TV3 cukup sinonim dengan program nyanyian realiti MENTOR yang mana ianya muncul kembali dengan musim terbaru, musim keenam . menampilkan mentor-mentor baru yang diberi tanggungjawab mencari protege yang terbaik bagi diasah di pentas Mentor 6 sehingga tajam bagi bersaing dengan mentor-mentor lain semata-mata mahu merebut gelaran JUARA Mentor 6 . Ally Iskandar masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan program realiti ini sebagai hos .

Di sini merupakan mentor serta protege yang telah berjaya menambat hati mereka bagi diperjuangkan di atas pentas Mentor 6 yang sememangnya penuh dengan cabaran dan persaingan yang sengit semestinya menanti mereka. Persoalannya, siapa dan mentor mana yang bertahan sehingga ke pusingan akhir bagi bertarung secara habis-habisan menentang antara satu sama lain bagi mempertaruhkan nama sebaris dengan juara-juara mentor musim pertama sehingga ke musim kelima . Saksikannya pada Ahad. 9Malam di TV3 .

Faizal Tahir dan Anas
Ferhad dan wanie


Ogy dan Zatul


Ella dan Puteri Caroline

Ramlah Ram tanpa Protege di sisi  : )
Protege Ramlah Ram, Ana Syuhada



Protege di waktu Ujibakat .  : )






Huhu ... Hiraukan je susunan gambar yang huru-hara tu . Okey ? Sampai di sini dulu jari-jemari menari di atas papan kekunci . : )

Monday, March 12, 2012

Dari SMK ke MRSM !!!!


















MRSM Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur .

Ingatanku melayang memikirkan maktab tatkala jari-jemariku sedang bersemangat hendak menyalin copy paste lirik lagu sesaat kau datang Ramlah Ram ft. Sleeq di internet . Namun, lain pula yang berlaku akhirnya apabila hati ini lebih terdorong untuk menukilkan sesuatu di blog tercinta ! Hampir dua minggu aku berada di MRSM untuk menyambung pengajian di tingkatan 4. Dua minggu itu juga blog aku persis tidak bernyawa kerana aku tidak mempunyai saat bagi mengakses talian internet yang tidak bersempadan . Kini aku kembali menyertakan hasil perahan mindaku untuk terus mewarnai blog ku ini sebelum aku sendiri berangkat terus ke maktab 18 March 2012 bagi menuntut ilmu juga berjuang bersama tentera-tentera yang lain bagi menghadapi medan perang (Ujian Sem1) yang diisytihar oleh para pendidik maktab akan belaku pada bulan April . Sesungguhnya, bulan itu bakal mencorakkan kehidupan aman kami di asrama dengan iagauan mimpi-mimpi yang ngeri . Mungkin juga akan ada yang tersesat di dunia kegelapan . Ahh... lupakanlah! bulan 4 masih jauh untuk dilalui . Berbalik kita pada tajuk yang indah tersulam di entry kali ini .


MRSM MZMS, adalah jolokan yg diberi kepada maktab yang ku diami sekarang . Pada hari pertama diri ini mendaftar, jiwaku seolah-olah dibalut kain kesedihan kerana aku sedar bahawa apa yg menantiku beberapa jam lagi pastinya perit ! Mungkinkah diriku ini mampu menghadapi gelombang yang dibawakan dunia tanpa ibu bapa di sisi lagi . Mereka sudah jauh. jaaaauuuuuhhhhhh sekali dari jasadku yang hanya mampu mendoakan mereka yang telah membawaku ke MRSM tanpa aku mengetahui keadaan mereka bagaimana. Aku ditimpa perasaan homesick? mungkin juga benar ... Ahh ! tidak ku sangka, setelah 15 tahun bersekolah di sekolah kementerian pelajaran malaysia, akhirnya pada tingkatan 4 aku akan belajar untuk berdikari di negeri orang . 15 tahun orang tuaku sentiasa berada di sisi memberi segenap motivasi bagi meneguhkan keyakinan diriku yang kadang-kala luntur kerana dicabar oleh kesombongan arus duniawi . tahun berikutnya, tiada lagi benda itu semua . Persoalan yang sering terungkap di bibir ini semata adalah, mampukah aku hidup seperti orang normal tanpa kedua-dua mereka di sisi ? Mungkin asrama bakal mengajarku erti kematangan dan aku akan lebih berdikari ? ya... mungkin juga ...


Baiklah... aku rasa ini saat yang paling punctual (bak kata pelajar MRSM MZMS) untuk jari-jemari ini menari-nari di atas papan kekunci netbook 1Malaysia ini bagi melakar ucapan SeLaMaT TiNgGaL kepada sekolah-sekolah yg pernah dipenuhi dengan derai tawa mungkin juga ada air mata sepanjang keberadaan diri ku ini .

2009-2012 in memory----->SMK Pasir Gudang (1)
2003-2008 imemory----->SK Taman Molek
200imemory----->Tadika PASTI Al-Irfan

Di sini sahaja dulu buat masa ini . Kita akan berjumpa lagi bila-bila masa bila ada kelapangan dan kesenangan di masa kelak . Akhir kalam, doakanlah kejayaan aku di MRSM MZMS . amiiinn ! Wassalam .